Batal.

PUTRAJAYA batalkan peruntukan 100juta Projek Bukit Bendera , Pulau Pinang yg diluluskan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng

Ada beberapa sebab kenapa ini satu keputusan yang tepat oleh YB Senator Tengku Zafrul.

  1. Tiada keperluan bagi Kerajaan Persekutuan untuk membelanjakan RM100juta untuk tujuan pembangunan sebuah bukit yang diuruskan oleh syarikat swasta The Habitat Penang Hill.
  2. Syarikat ini bukan syarikat yang diperbadankan di bawah Kerajaan Persekutuan dan diberi hak menguruskan Bukit Bendera daripada zaman Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang lagi.
  3. Kalau pun diperbadankan di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang, eloklah dana pembangunan datang daripada bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri yang kononnya dikatakan kaya-raya… knp masih perlu dana dari kerajaan persekutuan?
  4. Perlu diingatkan, ketika peruntukan ini dululuskan dahulu, selama 2 tahun berturut-turut (2019 dan 2020) Kerajaan Persekutuan membentangkan bajet defisit.
  5. NGO Alam Sekitar mendakwa ini salah satu helah untuk meneruskan hasrat pembangunan mewah di lereng bukit untuk golongan kaya termasuk pembinaan hotel di Bukit Bendera.
  6. Natijahnya, rakyat bawahan boleh tengok sahaja bukit yang ditarah, tanah runtuh dan sekali sekala dapat main air selut dan tanah lumpur setiap kali hujan lebat.

Next, kita tunggu Putrajaya batalkan projek tambakan laut 3 pulau.

-KH-

Leave a Comment